KOLEJ YAYASAN PAHANG - ADVANCED SKILLS

Anda di sini : Laman Utama Info Kampus Berita Terkini Berita Terkini

Berita Terkini

Perasmian Aktiviti Bersempena Majlis Pentauliahan

E-mail Print PDF

Pelbagai Aktiviti akan di jalankan bersempena menjelang Majlis Pentauliahan Kemahiran Malaysia 2016 yang akan berlangsung pada 17 Disember 2016. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah pertandingan boling antara pelajar dan kakitangan pada 18 November 2016 di Megamall dan Juara pertandingan berpihak kepada kakitangan, manakala aktiviti yang bakal menyusul pada 11-12 Disember pula adalah Pertandingan Futsal, 13 Disember 2016 pula akan menyaksikan pertandingan Memasak "Ikan Patin Masak Tempoyak" dan pada 14 Disember 2016 pula menyaksikan Pertandingan Bola Tampar, Bola Jaring dan Ping Pong. Mari memeriahkan aktiviti ini.

    

Kemaskini Terakhir ( Jumaat, 09 Disember 2016 10:52 )
 

Aktiviti Bersempena Hari Graduasi

E-mail Print PDF

 

Jom meriahkan Konvokesyen Kolej Yayasan Pahang kali ke-16 ini dengan menyertai aktiviti-aktiviti bersempena yang sangat menarik telah disediakan buat warga Kumpulan Syarikat Yayasan Pahang.
Tarikh Lokasi Aktiviti
18Nov Megalane, Megamall Pertandingan Bowling
10-11Dis Gelanggang Futsal KYP TL Pertandingan Futsal
14Dis Gelanggang Bola Tampar Pertandingan Bola Tampar
Padang Bola Jaring Pertandingan Bola Jaring
Bilik VIP Pertandingan Ping Pong
15Dis Dapur Tunku Azizah Pertandingan Masakan Ikan 
Patin Tempoyak

Bagi pertandingan masakan ini, terbuka kepada anak-anak syarikat Yayasan Pahang serta media. Dijemput kepada semua bagi memeriahkan program. Sebarang pertanyaan, boleh menghubungi En.Din di talian 0139445111 atau 09-5671333. Moh kite ....

Kemaskini Terakhir ( Rabu, 07 Disember 2016 12:02 )
 

Pertandingan Ukiran Coklat

E-mail Print PDF

 

Tuah menggunakan konsep ukiran coklat berbentuk "Flora dan Fauna" bagi pasukan kulinari Kolej Yayasan Pahang Advanced Skills yang dibarisi Chef Norlida, Chef Majid, Norshazlin dan Ilya Dayana pelajar Diploma Kemahiran Malaysia di pertandingan Coklat antara Institusi Pengajian Tinggi (IPT) anjuran Muzium Coklat, Kota Damansara pada 3 Nov 2016. Buat julung kalinya, pada pertandingan ini, KYP Skills menghantar 2 pasukan. Pasukan kedua pula diketuai oleh Chef Marlia bersama 3 pelajar Bakeri menggunakan konsep "Art Of Nature " berpuas hati menyertai pertandingan biarpun sekadar meraih hadiah saguhati. Tahniah dan syabas kepada pasukan Kulinari KYP Skills. Teruskan kecemerlangan anda. "Kemahiran Melonjak Kerjaya Profesionalisme".

        


Kemaskini Terakhir ( Rabu, 07 Disember 2016 11:51 )
 

SCCS Openday

E-mail Print PDF

Swang Chai Chuan Seafood (SCCS) hold an open day on 12 October 2016. Among its activities including Pastry and Cakes Challenge.Two colleges participated in this challenge which is Kolej Yayasan Pahang Advanced Skills and Kuantan Comunity College. There are two categories :
1. Swissroll
2. Choux Pastry

Both competition won by Kolej Yayasan Pahang Advanced Skills.

       

          

 

Karnival KoKurikulum SMK Bukit Goh

E-mail Print PDF

Karnival Hari Kokurikulum di SMK Bukit Goh - 28 September 2016

 

Hari Karnival Kokurikulum SMK Bukit Goh yang disambut pada 28 Sep 2016. Booth KYP Skills diserbu para pelajar sekolah melihat demonstrasi ukiran buah yang dibuat oleh pelajar KYP Skills iaitu Junior Chef Ong dan Junior Chef Dani dan bertanyakan maklumat berkenaan kolej. 

Terima kasih tidak terhingga buat warga SMK Bukit Goh di atas jemputan dan semoga tidak serik menjemput pihak kami lagi. Jumpa lagi pada program akan datang.

6   

 

Prog SMK Seri Mahkota F5

E-mail Print PDF

Program Bersama Pelajar Tingkatan 5 SMK Seri Mahkota - 30 September 2016

 

Satu program atau bengkel memotivasi kerjasama di antara KYP Education dan KYP Skills telah diatur oleh pihak sekolah. Seramai 200 orang pelajar Tingkatan 5 telah menghadiri program tersebut di mana ianya melibatkan taklimat kemahiran serta booth oleh KYP.

Para Guru SMK Seri Mahkota senantiasa bersemangat membantu anak bangsa di sekolah berkenaan terutamanya Madam Woo selaku guru Kaunselor disekolah SMK Seri Mahkota ini. Pujian harus diberikan kepada warga pendidik sekolah ini kerana sentiasa mengatur program atau bengkel memotivasikan pelajarnya untuk memastikan pelajar mereka berjaya dalam apa jua bidang yang mereka pilih. Moga program kerjasama ini boleh diatur lagi untuk kebaikan bersama.

 

 

Prog di SMK Tanah Putih

E-mail Print PDF

Program Bersama pelajar SMK Tanah Putih - 29 September 2016

 

Taklimat kemahiran yang disampaikan oleh Cik Baiti Kaunselor Pemasaran KYP Skills dalam program motivasi pendidikan kemahiran bersama Pelajar Tingkatan 5, SMK Tanah Putih bertempat di SMK Tanah Putih pada 3o Sep 2016. Semoga titipan dan input yang diberikan mampu sedikit sebanyak memberi bekalan buat adik-adik pelajar SMK Tanah Putih. Selamat menempuh peperiksaan SPM..dan kami di sini untuk senantiasa membantu memiih kerjaya anda....

 
  • «
  •  Start 
  •  Prev 
  •  1 
  •  2 
  •  Next 
  •  End 
  • »
1
Anda di sini : Laman Utama Info Kampus Berita Terkini Berita Terkini