KOLEJ YAYASAN PAHANG - ADVANCED SKILLS

Anda di sini : Laman Utama Kursus KYPAS Kursus Kemahiran JPK

Program Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)

E-mail Print PDF

Program Pengajian Sedia Ada

Hospitaliti & Pelancongan

Penyediaan Makanan (HT-012-2/3/4/5:2012)

1-01

 

 

Tahap

 

Tempoh Pengajian

2

6 Bulan

3

12 Bulan

4

12 Bulan + 3 Bulan Latihan Industri

5

15 Bulan + 3 Bulan Latihan Industri

 

 

Penerangan Kursus

Pelajar akan diberikan pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali berdasarkan proses kerja sebenar mengikut piawaian mengenai kemahiran persediaan asas sehingga ke tahap yang tinggi dalam penyediaan memasak pelbagai jenis makanan tempatan dan antarabangsa bermula dari hidangan sarapan pagi, hidangan pembuka selera, hidangan utama dan pencuci mulut melalui resepi-resepi dan teknik serta kaedah memasak mengikut prosedur yang ditetapkan bagi menjamin hasil produk yang berkualiti, menarik dan bersih selaras dengan kehendak industri.

________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Program Pengajian Sedia Ada

Hospitaliti & Pelancongan

Penyediaan Roti (HT-012-2/3/4:2011)

2-01

 

 

Tahap

 

Tempoh Pengajian

2

6 Bulan

3

12 Bulan

4

12 Bulan + 3 Bulan Latihan Industri

 

 

Penerangan Kursus

Pelajar akan diberikan pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali berdasarkan proses kerja sebenar mengikut piawaian mengenai kemahiran persediaan asas sehingga ke tahap yang tinggi dalam penyediaan bakeri. Bidang Penyediaan Roti ini akan memberi penekanan kepada kemahiran dalam menyediakan pelbagai produk roti, bakeri dan konfeksionari seperti piza, muffin dan produk menggunakan yis melalui teknik dan kaedah moden menggunakan mesin dan peralatan berteknologi.

 ________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Program Pengajian Sedia Ada

Teknologi Maklumat & Pengurusan Teknologi

Pengurusan Pejabat (FB-024-2/3/4:2012)

3-01

 

 

 

Tahap

 

Tempoh Pengajian

2

6 Bulan

3

12 Bulan

4

12 Bulan + 3 Bulan Latihan Industri

 

Penerangan Kursus

Kursus ini dibentuk khusus untuk membentuk peranan individu apabila bekerja di pejabat serta pengurusan yang berkesan. Pendekatan yang digunakan mengambil kira kesemua faktor utama sebuah pengurusan pejabat berkesan. Program ini juga turut menerangkan tentang asas pengurusan pejabat dan penyeliaan untuk diamalkan dalam tugas-tugas harian. Ia dapat memupuk sikap positif terhadap kerja dan berperanan sebagai penyelia dan pentadbir.

 ________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Program Pengajian Sedia Ada

Teknologi Maklumat & Pengurusan Teknologi

Sistem Komputer (IT-020-3/4/5:2013)

 4-01

 

Tahap

 

Tempoh Pengajian

3

12 Bulan

4

12 Bulan + 3 Bulan Latihan Industri

5

15 Bulan + 3 Bulan Latihan Industri

 

 

Penerangan Kursus

Pelajar didedahkan dengan teori dan konsep rangkaian, implementasi serta penyelenggaraan komputer. Program ini juga turut memberi pengetahuan asas kemahiran komputer, perkakasan, perisian, asas rangkaian, perkhidmatan internet, serta keselamatan  rangkaian secara keseluruhannya. Program ini juga menyediakan pelajar dengan kemahiran yang boleh dipindahkan dan pelbagai kemahiran yang membolehkan mereka untuk menyesuaikan dan menggunakan teknologi baru.

 ________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Program Pengajian Sedia Ada

Seni Kreatif & Warisan

Fesyen (IT-011-1/2/3:2012)

 5-01

 

Tahap

 

Tempoh Pengajian

1

6 Bulan

2

6 Bulan

3

12 Bulan

 

 

Penerangan Kursus

Kursus Pembuat Pakaian Wanita merupakan salah satu bidang kemahiran di dalam sektor seni kreatif dan warisan yang dijalankan di Kolej Yayasan Pahang Advanced Skills. Penekanan diberikan kepada cara penggunaan peralatan jahitan dan bahan-bahan pakaian, rekaan baju serta pelbagai jenis jahitan pakaian wanita.  Kursus ini mampu memberi pendedahan kemahiran yang berkualiti dan berterusan bagi memenuhi kehendak pasaran kelak.

 ________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Program Pengajian Sedia Ada

Kejuruteraan & Mekanikal

Elektrikal (EE - 320 - 2 / 3 : 2012)

 

6-01

 

 

Tahap

 

Tempoh Pengajian

2

6 Bulan

3

12 Bulan

 

 

 

Penerangan Kursus

Dalam kursus ini pelajar akan mengikuti laihan berkaitan  kaedah mendawai, memasang, mengendali dan menguji pendawaian satu dan tiga fasa (domestik dan industri). Mencari, mengesan dan membaikpulih kerosakan litar elektrik serta mengawal, menyelenggara alat janakuasa, motor dan peralatan elektrik industri juga diberi penekanan sepanjang latihan.

 ________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Program Pengajian Sedia Ada

Kejuruteraan & Mekanikal

Penyejukbekuan & Penghawa Dingin (ME - 020 - 2/3 : 2012)

7-01

 

 

 

Tahap

 

Tempoh Pengajian

2

6 Bulan

3

12 Bulan

 


Penerangan Kursus

Kursus ini memberi pendedahan latihan dalam bidang teknologi penyejukbekuan dan penyamanan udara dengan memberi penekanan kepada aspek teori dan amali dalam pengujian dan penyelenggaraan sistem penyamanan udara domestik/industri, menganalisa dan merekabentuk susunatur sistem penyamanan udara.

 ________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Program Pengajian Sedia Ada

Kejuruteraan & Mekanikal

Automotif (TP - 300 - 2/3/4:2013)

 

8-01

 

 

Tahap

 

Tempoh Pengajian

2

6 Bulan

3

12 Bulan

4

12 Bulan + 3 Bulan Latihan Industri

 

 

Penerangan Kursus

Kursus ini menekankan kemahiran dalam kerja-kerja servis kenderaan bermotor (automotif) termasuk sistem enjin, sistem casis, sistem transmisi dan lain-lain. Pelajar-pelajar juga akan dilengkapkan dengan kemahiran pengurusan, penyeliaan dalam industri automotif. Setelah tamat kursus pelajar mahir menyelenggara, merumus masalah dalam bidang ini.

 ________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Program Pengajian Sedia Ada

Kejuruteraan & Mekanikal

Kimpalan (MC - 024 - 3:2012)

9-01

 

 

 

Tahap

 

Tempoh Pengajian

3

18 Bulan

 

 

 

 Penerangan Kursus

Dalam kursus ini pelajar didedahkan tentang semua kaedah dan teknik kedudukan mengimpal serta proses kimpalan yang meliputi teknik kimpalan arka dan teknik kimpalan gas arka dan kaedah pemotongan bahan logam dengan menggunakan ositelin, plasma dan kaedah mekanikal. Pelajar juga didedahkan dengan kaedah dan prinsip pemeriksaan kimpalan iaitu ujian musnah dan tanpa musnah.

 ________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Program Pengajian Sedia Ada

VTO Sijil Pengajar Vokasional (MC-024-3 : 2012)

10-01

 

 

 

Tahap

 

Tempoh Pengajian

3

3 Bulan + 6 Bulan Latihan Industri

 

 

 

Penerangan Kursus

Kursus ini dikuatkuasakan oleh pihak JPK pada bulan Februari tahun 2005 dan diwajibkan kepada semua Pegawai Penilai sistem Pentauliahan Kemahiran Malaysia dengan tujuan untuk memastikan Pegawai Penilai kompeten dalam proses penyampaian (methodology) latihan vokasional.

 Kursus ini bertujuan untuk melahirkan pengajar yang dapat menyediakan bahan latihan yang teratur dan kemas serta melahirkan pengajar yang berkebolehan mengaplikasi kaedah pembelajaran dan pengajaran yang berkesan.

________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Program Pengajian Sedia Ada

ü  Program Smart Tahfiz Berkemahiran (MC-024-3 : 2012)

ü  Kursus Terlibat :

  • Sistem Komputer
  • Pengurusan Pejabat
  • Elektrikal
  • Penyediaan Makanan
  • Penyedia roti
  • Pembuat pakaian wanita

Penerangan Kursus

Program ini akan membantu para huffaz sebagai memenuhi pasaran industri dengan dibekalkan secukupnya latihan yang memenuhi standard Sijil Kemahiran Malaysia selama 6 bulan atau 12 bulan mengikut kursus dan tahap tertentu. Program ini dapat mewujudkan dan meningkatkan kebolehpasaran dan kebolehdapatan kerja para huffaz melalui jaringan pengajian tinggi dan industri yang berdaya saing.


Program Pengajian Sedia Ada

Hospitaliti & Pelancongan

ü  Penyedia Roti (HT-012-2/3/4:2011)

 

Tahap

 

Tempoh Pengajian

2

6 Bulan

3

12 Bulan

4

12 Bulan + 3 Bulan Latihan Industri

 

Penerangan Kursus

Pelajar akan diberikan pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali berdasarkan proses kerja sebenar mengikut piawaian mengenai kemahiran persediaan asas sehingga ke tahap yang tinggi dalam penyediaan bakeri. Bidang Penyediaan Roti ini akan memberi penekanan kepada kemahiran dalam menyediakan pelbagai produk roti, bakeri dan konfeksionari seperti piza, muffin dan produk menggunakan yis melalui teknik dan kaedah moden menggunakan mesin dan peralatan berteknologi.

Kemaskini Terakhir ( Selasa, 21 Februari 2017 20:03 )  
Anda di sini : Laman Utama Kursus KYPAS Kursus Kemahiran JPK