KOLEJ YAYASAN PAHANG - ADVANCED SKILLS

Anda di sini : Laman Utama Info Kampus Pinjaman / Tajaan

Pinjaman / Tajaan

E-mail Print PDF

GERAN YAYASAN PAHANG

GERAN BANTUAN PELAJAR KE IPT
Pelajar akan diberi bantuan RM500.00 sebagai persediaan awal ke IPT sebagai penghargaan kerajaan negeri kerana menambah jumlah anak Pahang di menara gading.

KRITERIA

  1. Anak Negeri Pahang Darul Makmur seperti takrif berikut :-
    • Pemohon atau ibu bapa dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur, ATAU
    • Jika pemohon serta ibu dan bapa lahir di luar Pahang dan telah bermaustatin lebih dari sepuluh (10) tahun dan berhasrat untuk terus menetap di Negeri Pahang Darul Makmur mesti mengemukakan surat pengesahan bermaustatin daripada penghulu / pegawai daerah/ wakil rakyat setempat atau wakil yang dilantik oleh Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pahang.
    • Bagi pemohon yang ibu bapanya bukan Warganegara Malaysia, adalah Tidak Layak Memohon
  2. Pemohon mestilah terdiri daripada pemegang SPM/STPM/STAM, pada tahun sebelum tawaran dikeluarkan (contoh tawaran kemasukan Julai 2011 ; SPM/STPM/STAM tahun 2010)
  3. Permohonan boleh dikemukakan oleh pelajar dalam tempoh 2 minggu sebelum atau dalam tempoh 6 minggu selepas tarikh pendaftaran.
  4. Borang permohonan boleh dimuat dari laman web http://www.yp.org.my/ atau boleh didapati di kaunter perkhidmatan di Kompleks Yayasan Pahang
  5. Bayaran secara tunai akan dibuat sekiranya pelajar datang sendiri ke Yayasan Pahang dengan membawa bersama – sama dokumen yang lengkap dan disahkan benar.
    • Sekeping gambar berukuran passport
    • Surat tawaran asal IPTA/IPTS dan salinan yang disahkan benar
    • Kad pengenalan asal dan salinan yang disahkan benar
    • Salinan Kad pengenalan Ibu Bapa
    • Surat pengesahan bermastautin (sekiranya berkaitan )
    • Sijil spm/stpm asal dan salinan yang disahkan benar
    • Resit bayaran yuran pendaftaran bagi pelajar-pelajar kolej swasta .

 

PINJAMAN YAYASAN PAHANG

SYARAT – SYARAT KELAYAKAN MEMOHON

  1.  
    • Jika pemohon serta ibu dan bapa lahir di luar Pahang dan telah bermaustatin lebih dari sepuluh (10) tahun dan berhasrat untuk terus menetap di Negeri Pahang Darul Makmur mesti mengemukakan surat pengesahan bermaustatin daripada Wakil Rakyat / Pegawai Daerah/ Penghulu Mukim
    • Bagi pemohon yang ibu bapanya bukan Warganegara Malaysia, adalah Tidak Layak Memohon
  2. Anak Negeri Pahang Darul Makmur seperti takrif berikut :-
    • Pemohon atau ibu bapa dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur, ATAU
  3. Telah mendapat tempat/tawaran belajar di Institusi Pengajian Tinggi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh YP
  4. Mempunyai sahsiah diri yang baik dan memiliki personaliti unggul
  5. Mempunyai taraf kesihatan yang baik
  6. Tiada caj pentadbiran melainkan jika peminjam-peminjam yang membayar tidak mengikut jadual akan dikenakan faedah ke atas baki sebanyak 4% setahun

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

  1. Lampirkan dua (2) salinan dokumen tersebut perlu disahkan benar oleh ketua Kampung, Pengetua Sek Menengah, Pengerusi JKKK, Wakil Rakyat
    1. Kad Pengenalan & Sijil Kelahiran / Surat Beranak Pemohon
    2. Kad Pengenalan & Sijil Kelahiran / Surat Beranak Bapa
    3. Kad Pengenalan & Sijil Kelahiran / Surat Beranak Ibu
    4. Sijil PMR, SPM, BERHENTI SEK. , DIPLOMA, IJAZAH DAN SIJIL PERSEKOLAHAN yang lain
    5. Slip Gaji Ibu Bapa / Penjaga/ Suami/ Isteri (sekiranya berkahwin) ATAU
    6. Surat Pengesahan Pendapatan daripada Penghulu bagi yang bekerja sendiri
    7. Surat Pengesahan bermaustatin daripada penghulu / pegawai daerah/ wakil rakyat setempat atau wakil yang dilantik oleh Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pahang bagi ;
      • Pemohon yang bukan dilahirkan di Negeri Pahang
      • Bapa yang bukan dilahirkan di Negeri Pahang
      • Ibu yang bukan dilahirkan di Negeri Pahang
    8. Salinan surat tawaran kemasukan ke Pusat Bertauliah
    9. Gambar

 

PINJAMAN DENGAN PERBADANAN TABUNG PEMBANGUNAN KEMAHIRAN

Syarat- syarat permohonan

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia
  2. Berumur diantara 15 hingga 30 tahun bagi kemahiran tahap 1 hingga 4 dan sehingga 35 bagi kemahiran tahap 5 pada tahun latihan dijalankan
  3. Mengikuti program latihan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) penuh masa yang diluluskan oleh Perbadanan
  4. Mengikuti latihan dan penyediaan latihan yang diluluskan oleh Perbadanan
  5. Telah disahkan berdaftar dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) untuk menjalani latihan berkenaan dalam tempoh yang ditetapkan
  6. Berasal dari keluarga yang berpendapatan tidak melebihi RM5,000.00 sebulan
  7. Pemohon hendaklan mengemukakan dua (2) orang penjamin selepas diluluskan pinjaman latihan kemahiran
  8. Tidak mendapat bantuan kewangan penuh daripada mana-mana agensi kerajaan yang lain

 

MAKLUMAN

  • Jumlah pinjaman adalah mengikut tahap latihan kemahiran yang diikuti di Penyedia Latihan
  • Peminjam akan dikenakan caj pentadbiran sebanyak 3% setahun
  • Permohonan yang tidak lengkap tidak akan di terima
  • Bayaran balik pinjaman bermula enam (6) bulan selepas tamat latihan
  • Tempoh bayaran balik pinjaman bergantung kepada jumlah pinjaman yang diperoleh iaitu di antara 1 hingga 10 tahun
Kemaskini Terakhir ( Selasa, 31 Mei 2011 16:03 )  
Anda di sini : Laman Utama Info Kampus Pinjaman / Tajaan