KOLEJ YAYASAN PAHANG - ADVANCED SKILLS

Anda di sini : Laman Utama Info Kampus Maklumat Korporat Polisi dan Misi Syarikat

Misi dan Polisi

E-mail Print PDF

POLISI SYARIKAT 

Polisi dan dasar KYP Skills akan memberi tumpuan kepada sistem kualiti yang dikanunkan di bawah ISO 9002 seperti perkara berikut :-

  1. Memastikan bahawa para pelajar sebagai pelanggan utama, lulus dengan cemerlang serta mempunyai diri yang baik.

  2. Sentiasa memperbaiki dan meningkatkan mutu perkhidmatan melalui sistem kualiti yang dikanunkan di bawah ISO 9001:2000.

  3. Memastikan semua kakitangan cekap dan dapat melaksanakan kerja dengan cara yang betul dengan memberikan latihan dan tunjuk ajar dari masa ke semasa.

Pendidikan berteraskan keilmuan adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara keseluruhan dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang hamonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. KYP Skills akan berusaha melahirkan masyarakat yang berilmu pengetahuan dan berkeupayaan mencapai kejayaan serta memberi sumbangan terhadap negara.

Sejajar dengan itu, KYP Skills telah bertekad menjadi sebuah pusat latihan kemahiran terunggul di Pantai Timur yang inovatif dalam semua aspek untuk menjadikan kemahiran ini sebagai satu asas dalam perjuangan hidup.

 

=======================================================================================================

 

MISI SYARIKAT

  1. Untuk menjadi Kolej Pendidikan Tinggi Swasta dan Pusat Latihan antara yang terbaik di Malaysia,  yang mampu mengeluarkan graduan yang cemerlang dalam bidang akademik, tinggi tahap kemahirannya dan sempurna perwatakannya.

  2. Kolej ini berharap para graduan ini akan dapat memberikan perkhidmatan dan sumbangan kepada rakyat dan negara dengan cara yang penuh berkesan tanpa mengira sektor mana mereka ceburi.

  3. Untuk mencapai hasrat ini pihak Kolej akan memberikan perkhidmatan pendidikan dan latihan yang professional kepada pelajar - pelajar dengan kualiti tertinggi sebagai pegangan perkhidmatannya.

  4. Dengan ini juga adalah diharapkan Kolej dan Syarikat akan sentiasa berdaya maju dalam perniagaan.

Kemaskini Terakhir ( Rabu, 05 Oktober 2016 12:37 )  
Anda di sini : Laman Utama Info Kampus Maklumat Korporat Polisi dan Misi Syarikat