Al-Fatihah buat Allahyarham Ahmad Sheqal bin Ayub , pelajar baru kursus Perladangan Level 1 IKIP Advanced Skills Centre Kampus Kuantan telah kembali ke rahmatullah pada Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W iaitu Ahad, 05 Februari 2012 bersamaan 12 Rabiulawwal 1433H. Pelatih ini yang baru mendaftarkan diri di IASC pada 31Januari 2012 yang menaiki motosikal dari rumahnya di Maran menuju ke IASC telah bertembung dengan sebuah lori di Lebuhraya Pantai Timur(LPT) pada jam 3.00 pagi. Allahyarham Sheqal telah meninggal dunia di tempat kejadian dan jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Kg Berkat, Maran. Warga IASC mengucapkan salam takziah buat keluarga allahyarham Sheqal dan mendoakan semoga Allahyarham Sheqal ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Insya’Allah. Amin








